Saturday, November 27, 2010

D.E.W.A.S.A

Posted by :: aku adalah aku :: at 9:48 AM

Dulu, aku mau cepat-cepat jadi dewasa,
Boleh pakai kasut tumit tinggi,
Boleh melaram, boleh mekap-mekap muka,

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita kita,
Boleh pegi mana-mana aku suka,
Boleh bercinta,
Banyak benda lah boleh buat kalau sudah besar ni.

Lama-lama, baru aku perasan,
Aku tak baca komik-komik lg, tapi baca majalah Wanita,
Aku tak main masak-masak lg tapi memang masak betul-betul,
Aku sudah lama dapat kunci 21 & skrang 23,
Aku sudah boleh mengundi,
Kahwin pun boleh, kalau aku mau & ada yg mau.

Aku ingatkan best jadi dewasa ni,
Rupa-rupannya,
Jadi dewasa ni,
Kena matang,
Kena professional,
Banyak tanggungjawab,
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu,
Banyak kerja nak kena buat,
Banyak pakai duit,
Tak boleh emosional tak bertempat,
Kena cari makan sendiri,
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan,
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita,
Dan banyak lagi la kena,kena, dan kena buat..

Namun itulah kehidupan,
Aku kena hadapi dengan redha dan tabah.... =)

0 comments on "D.E.W.A.S.A"

Post a Comment

 

:: .aya. aya. aya. :: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal