Sunday, November 7, 2010

saya RINDU yang telah pergi...

Posted by :: aku adalah aku :: at 5:20 AM

RINDU KEPADA YANG TELAH PERGI....

Aku tidak pasti

sama ada mimpi semalam atau realiti hari ini

yang membawa aku kepada rindu mencengkam hati


Tiba-tiba aku rindu

yang tak mampu diterjemah dengan bicara

dan aku hilang di tengah lelehan air mata

jiwa terasa


rinduku kepada yang telah pergi

tiba-tiba membuak hingga tumpah

entah apa yang aku lakukan di dalam hidup ini

sebagai pemberi semangat dalam keluarga


Hari ini aku terasa sunyi

tiba-tiba rindu belaian dan kasih sayang BELIAU

bicara dan tawa BELIAU

dan tiba-tiba wujud persoalan di hati

apakah yang aku lakukan untuk BELIAU selama ini


Dan air mata mengalir

mengganti bicara kata

muncul perasaan takut

yang sungguh aku tak mampu menterjemahkannya....


Dan apa yg pasti

aku merindukan arwah BAPA tersayang yg telah pergi

pergilah air mata...


0 comments on "saya RINDU yang telah pergi..."

Post a Comment

 

:: .aya. aya. aya. :: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal