Friday, December 31, 2010

WELCOME 2011, GOOD BYE 2O10

Posted by :: aku adalah aku :: at 6:33 AM 0 comments
Selamat datang 2011 dan Selamat tinggal 2010. Banyak yang manis dan pahit di tahun 2010. Biarlah ia jadi kenangan dan dijadikan sempadan supaya tidak dibuat lagi kan kan. Tinggal berapa detik lagi tirai 2010 akan ditutup dan lembaran 2011 akan dibuka. Azam baru? tak taulah apa azam baru aku, sama jak kot azam yg lepas. hehehe. Ingin yang terbaik dalam kehidupan, yela yang baik tp rasanya banyak juga yg tdak baik. Tapi begitulah lumrah hidup, kita hanya mampu merancang dan hanya DIA yg menentukan.

ok, malam taun baru nie xda apa2 sambutan yg dibuat, alahai sama macam malam malam yg biasa. Tiada yg istimewa. Baik dduk tgok TV, lagi selamat. hahaha. Kiranya, aku maw tggu detik 12 tengah malam tp x tawla tahan atau tidak. Adush, mata oh mata janganla tdo dulu. Besok pagi kan boleh tido otw ke poring. Ya, esok maw ke poring lagi. Kali nie ahli lagi ramai. hahaha. ok, tunggu entri poring kali ke-2.

By the way, selamat tahun baru 2011. Semoga ia tahun yg lebih manis, lebih bahagia, lebih memberi rezeki yg banyak utk keluarga kami. 2011 adalah tahun utk berpraktikal, Hari Konvokesyen dan bermulanya alam pekerjaan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin ya Allah... ( mood : nebes maw praktikal)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

WELCOME YEAR 2011, GOOD BYE 2010

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi Che Mat terbaekkkk !

Posted by :: aku adalah aku :: at 5:53 PM 0 comments

29/12 melakarkan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dengan agregat 4-2. Tahniah Malaysia. Malaysia memang boleh ! Tahniah juga buat Khairul Fahmi Che Mat, anda memang terbaekkk, terbaekkk dari ladang. hahaha. Sekarang, mana2 blog & FB semua cakap pasal beliau. Nampaknya Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek kini menjadi kegilaan remaja-remaja perempuan selepas aksi menariknya di Piala Suzuki AFF Cup. Diminta mereka yang meminati Apek tidak kecewa kerana sesungguhnya dia sudah pun menjadi kekasih hati. Nama awek Apek ialah Farah atau lebih dikenali dengan nama Elia. D an kalau anda berminat untuk mengenali Apek daripada sudut mata kekasih hatinya, sila baca blog ini. http://jejariruncing.blogspot.com/

Sedikit info tentang Apek. Dia dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Januari 1989. Tahun ini Apek baru berusia 21 tahun. (Alahai mudanya penjaga gol terbaek ni ). Apek mempunyai darah campuran Melayu + Cina. Apek adalah penjaga gol terbaik untuk Liga Super bagi tahun 2010. Apek tidak diturunkan untuk perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di mana Indonesia membelasah Malaysia 5-1.

Jadi, kepada peminat2 Apek terutamanya Narimah Rozan yg poyo, Sila jangan gedik ya. Apek sudah berpunya. hahaha..

Saturday, December 25, 2010

Aura nasihat & teguran...

Posted by :: aku adalah aku :: at 5:38 AM 0 comments

Hari-hari yang kita lalui seakan kosong dan tidak bermakna sekiranya kita hidup tanpa teguran daripada para sahabat, keluarga, guru-guru dan sesiapa sahaja.

Tahukah anda, apabila kita menegur seseorang terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan?

Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan.

Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.

Kesemua ini ialah teknik dan cara menegur mengikut tahap ilmu yang telah dimiliki. Teguran dan nasihat amat diperlukan bagi setiap manusia. Kita amat memerlukan teguran dan nasihat daripada insan di sekeliling kita. Kita memerlukan mereka untuk meruntuhkan kubu ego yang kita miliki.

Terdapat manusia yang sudah terlalu tinggi ilmunya dan pantang sahaja ditegur lalu mereka akan melenting sekiranya ada insan lain yang kurang berilmu menegur mereka. Hari ini jika dilihat suasana di sekeliling, terlalu ramai manusia yang memerlukan nasihat, teguran dan bimbingan daripada orang di sekeliling mereka.

Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba berubah tetapi mereka tidak mendapat bimbingan daripada orang di sekeliling. Saya juga turut merasakan aura tersebut kerana setiap teguran dan nasihat itu ikhlas daripada hati mereka yang menegur saya. Mereka tidak mahu saya hanyut dalam buaian dunia sendiri.

Setiap teguran memerlukan masa untuk kita merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya kita akan cuba sedaya upaya mengubah sedikit demi sedikit setiap kesalahan yang telah dilakukan. Hal ini amat berbeza kepada mereka yang tidak mendapat teguran dan nasihat daripada orang di sekeliling.

Cubalah melihat mereka yang tidak ditegur. Adakah mereka akan berubah? Tanya pada diri anda?

Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.

Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat. Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.

Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.

Pepatah Arab ada mengatakan ;

" Katakanlah yang benar walaupun pahit. "

Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.

Friday, December 17, 2010

cuti2 ke PORING- part 1

Posted by :: aku adalah aku :: at 11:07 PM 0 comments

muka muka yg teruja


Aku di pkok besar



muka paling penakot melalui titian kanopi. Jantung dup dap. wif my kazen yg sowt2. DILA !

Akhirnya, plan untuk ke PORING menjadi juga setelah lama dirancang oleh aku.hahaha (ketawa jahat). Kami sekeluarga bertolak ke Poring pada 17/12/ 2010. Perjalanan dimulakan seawal 5.30 pagi. Awal kan, tp e2 la maw sampai awal, so dapat mandi lama2...hehehe.. Syukur Alhamdulillah, kami selamat sampai di Poring jam 8.30 pagi. Cepatkan sampai, biasalah driver laju sangat. huk3. Sampai2 jak, beliau terus ke kaunter utk mbli tiket. Tiket masuk Rm3 untuk dewasa & RM1 utk kanak2. Murahkan. Best best. Aktiviti bermula dengan ambil pic. Tp sedihnya xda kamera, kamera rosak. Pa lgi terpaksa la guna kamera hanset sony aku jak. xpa2, yang penting boley ambik pic kan kan. ok,rasa tidak sabar utk mandi manda. Pas shja jumpa tempat lepak2 yg best, kami pon membuka bekalan yang dibawa. Ada nasi goreng, ayam goreng, kueh dan macam2 lagi. Best best. Habis jak makan, aku ngan kazenku tukar baju utk mandi. Tidak sabar rsanya utk melompat-lompat dalam air. Yeahhhhh. Ok, sekarang masa utk lompat ke dalam air.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok, setelah habis mandi, makan lagi. Makan terus nie. hahaha. Tp sayangnya masa mandi2 tadi, c adam cedera dikepala. Jadi, mood utk mandi xda sudah. selesai makan, kami pon tukar baju. selepas nie, aktiviti naik titian kanopi. Semangat berkorbar2 nie maw naik. Mak aihh, tingginya bukit. laratka aku? ok2, akau larat la. hahaha. Sepanjang pjlanan naik bukit tu, sempat lagi ambik pic. hek3. Sampai jak di titian 2, terus membaca arahan yang berbunyi " hanya 6 orang dibenarkan dalam satu perjalanan ". ok, so 6 orang jak la yg boleh kan. Adushhh, jambatan nie tinggi sangat, jantungku rasa maw tcabut. Pa lagi, c ika ngan c adek menangis, takot maw lalu titian 2. sedangkan aku takot, apatah lagi diorang yg masih kecik. Ops lupa, beliau pon takot maw lalu titian 2. Jadi, beliau, c ika ngan c adek terpaksa patah balik. huk3. Yang meneruskan pjlanan hanya tinggal kami berlima. Aku, Dila, Mek, Man dan Adam. Fuhhhh, janting dup dap dup dap. Senyap seketika...

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Fuhh, syukur alhamdulillah selamat juga melalui titian 2. Best best tapi sangat menakotkan. Jantung ku rasa maw tercabut. ok, habis jak turun bawah, kami pon berhasrat utk meneruskan perjalanan balik kerana msa sudah lewat. Pukul 2 kami bertolak ke kundasang utk membeli buntut ayam dan sayur. Buntut ayam yg sedap. nyummy nyummy sedap hingga menjilat jari. ok, masa sudah lewat. Perjalanan ke Sandakan perlu diteruskan kerana masa sudah lewat. Takot kemalaman baru sampai kn. Sekarang masa utk balik. Selamat tinggal RANAU. Lain kali jumpa lagi. Kami tiba di rumah tepat jam 6.30 malam. ok, cerita hari nie tamat di sini. Badan sgat penat, it's time to rest.

Wednesday, December 1, 2010

saya suri rumah

Posted by :: aku adalah aku :: at 11:41 PM 0 comments
Cuti sem bmula. Nah, apa g blek kg tchenta la. 1/12 slmat smpai di bumi Sandakan. Besala, klaw cuti2 bgne aku akn btndak jd suri rumah ganti bliaw pmpn aku. seawl 6.30 pg suda mula mgerjakan rutin2 harian spt myapu, kemas uma, kemas kedai, masak, cuci kaen & mcm2 lgi..hehe.Adush sgat penat, hari2 bgne. xpala, nie la pgrbnan aku sbg ank sulung yg sgt cun..hak3. Tiap ari keja akn siap dkat pukul 1. Ptg & mlm plak lain cerita. Bgitula kitar hidup aku spnjg cuti nie. Pa lg, nie la masanya ley jd kurus. kompius? bley jd krus ka klaw mkan jak keja..hek3. Ok, skng suda ptng. It's time 2 pungut2 kaen, lipat kaen & jga2 kdai smbil cuci mata..ngeh3. ok, adios amigos. Daa.....
 

:: .aya. aya. aya. :: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal