Sunday, August 21, 2011

PENAT!

Posted by :: aku adalah aku :: at 7:20 AM 0 comments
Penat ! iya, itulah ayat yg selalu keluar dari mulut & hati nie. Bukan penat oleh kerja tapi penat berlakon & berpura-pura. Malas tengok muka orang yang menyakitkan hati, menyakitkan jiwa & menyerabutkan kepala otak. Hey, tak payah tunjuk baik lah. Eksyen sana sini. Kau ingat kau siapa. Maaflah, kau bukan siapa-siapa. Tak payah menang-menangkan orang begitu kerana dia bukan siapa-siapa. Hidup selalu menyusahkan orang. Sumpah, sampai mati aku benci sama kau !

Friday, July 15, 2011

K.O.N.V.O.K.E.S.Y.E.N

Posted by :: aku adalah aku :: at 6:43 PM 0 comments
Konvokesyen ! Yups, tidak lama lagi akan berkonvokesyen. Syukur Alhamdulillah telah tamat pengajian selama 4 tahun, Rasa amat teruja untuk menanti saat dikurniakan segulung Ijazah Sarjan Muda. Tapi dalam kegembiraan terasa sebak di hati koz arwah bapa tidak dapat meraikan kejayaan anaknya. Redhakanlah segalanya, sudah ini yang tersurat, Moga ada yang tersirat disebalik semua ini.

Wednesday, May 25, 2011

Nur Kasih The Movie

Posted by :: aku adalah aku :: at 12:01 AM 0 comments

kami bersama pelakon-pelakon Nur Kasih The Movie..haha. Xdalah, ini cuma patung semata-mata. Terasa macam ambik gambar dgan artis la pulak. Totally, cerita Nur kasih nie boleh bagi 5 bintang la. Sangat menghayat hati cerita nie walaupun aku agak-agak blur tgok cerita nie. Hahaha. Aku pening dengan imbas kembali yg banyak sangat. Aiya.. Tapi kan kan, sempat juga aku mengalirkan air mata, cerita ini memang. Cinta Nur Amina kepada Adam yang setia sampai ke penghujung nyawa. Bermacam-macam halangan mereka hdapi bersama. Wah, aku sangat terharu la. Sob3...

Monday, May 23, 2011

mereka..

Posted by :: aku adalah aku :: at 7:40 PM 0 comments


Ini adalah antara wajah-wajah pelajar yang aku tak pernah ajar. Masuk kelas drng nie utk relief semata-mata. Entah macamana boleh jadi rapat dengan mereka-mereka ini. hehehe. Good luck adik-adikku. Do your very best untuk SPM nanti. Cikgu gembira kenal kamu kamu nie.

cikgu sayang korang ~

Wednesday, May 18, 2011

saya sayang mereka, mereka dan mereka.

Posted by :: aku adalah aku :: at 10:18 PM 0 comments


Amar ! Pelajar yang selalu buat cikgunya marah-marah






saya sayang anak murid saya sampai bila-bila...

Ya Allah, ini hari terakhir di SMK BUKIT SAUJANA. Tak disangka 14 minggu nie berlalu dengan pantas. Berakhir sudah pembelajaran selama 4 tahun di Tanah Melayu nie. cehh, tanah melayu g2 ya.hahaha. Beratnya perasaan yang ditanggung sekarang, perasaan yang macam2 ada. sumpah serius, aku rasa nak nangis masa nie. Nak jerit kuat2. Rasa x sanggup tggalkan mereka. Kenapa ada perasaan nie? suraya, tolong kuat, janganlah macam ini. Tapi, aku la orang yg paling x kuat utk hadapi perpisahan macam ini. suhyla, izuan, fathin, nazrul, syafiq, syariena, edry dan lain2, msti nnti ckgu rindu ngan korang kn. Tp korang rindu ke ngan ckgu? Amar, Syahmi & Daud, 3 nama yg selalu aku tengking dan marah-marah. Macamana ckgu x marah, korang xnak dgar ckap cikgu kn. Asyik nak tido saja. Korang ingat senang ke nak terangkan kat depan, nak bagi korang faham. sob3. Lagi 1, klau cikgu bagi kerja, ada je alasan korang. keja xsiap la, keja x bwak la, x dapat la dan macam2 alasan lagi.Xpala, yang penting ckgu dah usaha yang terbaik utk kamu. Serius, cikgu sayang dengan kamu dan kamu sangat-sangat. Cikgu mahu tengok kamu semua berjaya. Jadi anak yg boleh dibanggakan oleh kedua orang tua. Antara 4PA dan 4 Tekno, cikgu paling berkenan dan rasa terharu dgn 4 Tekno. Cikgu rasa rapat dgn kmu. Entah kenapa. Tp g2 la perasan cikgu. 4PA pon ok jugak sebenarnya, tapi 2 la agak kurang rapat sikit. Sory to say, ckgu x bkenan sangat ngan 1 budak dalam klas 2. xpayah la ckgu mention nama dia kat sini kan kan. hehehe..Tapi secara konklusinya, cikgu sayang semua student cikgu. Sayang sangat-sangat. Hanya kenangan manis dan pahit yang ada bersama kita untuk dikenang.

~CIKGU SAYANG KAMU SANGAT-SANGAT ~

Sunday, May 1, 2011

cikgu..

Posted by :: aku adalah aku :: at 6:38 PM 0 comments
wah, sedar x sedar tinggal berapa hari ja lagi akan tggalkan dunia praktikal nie. Terus terang, perasaan agak keliru. Ada rasa sedih n rasa gembira lg la ada. Rasa sedih dtg bila sedar aku mula sayang anak-anak murid aku. Terutamanya 4 Tekno dan 4 PA. wah, janganlah mcm nie. Tp sungguh aku sayang mereka. Mula2 masuk kelas nie, aku rasa down sngat2. Rasa nak nges. Bukan nak nges tp dah nges btol2 gara2 budak nie. Hati sangat kecil kn, begitulah jadinya..hehehe.. Tp sekarang, semakin hmpir ke penghujung hari praktikal, semkin sedih rasa hati. xda lg ambil gambar-gambar ngan budak-budak nie sbgai kenangan. Gmbar2 yg boleh ditatap masa rindu..huk3..

Perasaan gembira pula smkin menebal koz x lama lg nak blek SABAH.. hahahaha.. rindu sama mereka-mereka yg ada di sana..wah, cepatlah 26 Mei. x sbr nak balik ke kampung halaman. ohhh yeaaahhh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi sebenarnya, aku semakin keliru tentang perasaan ini. Aku semakin sayang dgn anak-anak muridku. Mesti lepas nie terkenang-kenang budak2 nie..huk3..

mood : Sedih + Gembira

Wednesday, April 13, 2011

wahhhh.....

Posted by :: aku adalah aku :: at 7:44 AM 0 comments
wahhh, sudah berhabuk blog nie. Lama tidak mencoretkan rasa di sini. Bukan disebabkan kesibukan tapi kekangan xda internet sndri..hek3...

sekarang minggu ke 10 untuk latihan mengajar, ada 4 minggu lagi yang berbaki....

ok, cukup sampai di sini entri kali ini... ^_______________^

Thursday, March 17, 2011

saya kembali....

Posted by :: aku adalah aku :: at 6:53 AM 0 comments

Inilah aku yg perasan COMEL..hahaha

wahh, sudah lama rasanya tidak mencoretkan rasa dan kata di blog yg tercinta nie. Almaklumla sangat sibuk dengan kerja. Iya, aku sedang bekerja tp kerja tak bergaji..hahahaha.. aku bekerja di SMK BUKIT SAUJANA, PD sebagai cikgu praktikal. sangat penat dan mengujakan. Terlalu banyak yang ingin diceritakan perihal student yang mcm2 karenah. mak aihhh, Allah saja yang tahu mcmana kesusahan menghadapi dunia praktikal nie. xpa, sabar2. sekarang nie cuti sekolah selama seminggu. Percutian nie dihabiskan di Tanjung Malim saja. Tak tau nak pergi mana lagi..hehehe. Lepas cuti nie, dunia praktikal hanya bersisa 9 minggu lagi. Guru pembimbing x observe lagi dan pensyarah yang tersayang pon tak datang2 lagi. hampeh sangat. huk3. sabar2.. semoga aku semakin tabah untuk menghabiskan masa-masa praktikal ini..

Tuesday, January 11, 2011

sakit lagi

Posted by :: aku adalah aku :: at 6:07 AM 0 comments
Aish, gastrik datang lagi. kali ini ia lebih parah. Perut sprti dipulas-pulas. woww, sangat sakit ! rasa seperti mahu mati. Ari tu, balik shja dari kebun dgan badan yg agak penat, aku pon membuat minuman oren sejuk. Lepas shja mnum, terus perut aku memulas-mulas sakit. selama aku hidap gastrik, tak pernah rasanya seteruk mcm ini. Kuatkanlah hambaMu nie ya Allah. Semua org di rumah jadi panik. Adik aku pon ambik keputusan utk hntar aku ke Klinik. Ok, aku ke Klinik dgan harapan aku akan terus sihat selepas jumpa doktor.

Tapi menyedihkan, sakit itu datang terus. Hati rasa bimbang ! Takut-takut sakit nie adalah simptom2 awal apendiks. huhuhu. Ok, sekarang kena kurangkan makan lada, makanan2 yg tidak dapat diterima dengan baik oleh perut dan makan lebih awal dari biasa. Kasihan sang perut, selalu menderita. Okeh, sila jaga perut anda !

Tuesday, January 4, 2011

Posted by :: aku adalah aku :: at 7:11 AM 0 comments

Monday, January 3, 2011

Gastrik oh gastrik!

Posted by :: aku adalah aku :: at 7:42 PM 0 comments

Sejak akhir-akhir nie gastrik aku selalu menyerang. Perut rasa pedas & angin satu badan. sendawa tak habis-habis. huhuhu. Hmm, aku xgtaw siapa-siapa yg gastrik aku selalu datang koz aku tau si dia membaca blog nie. hehe. Sakit gastrik nie menyerang lagi mungkin disebabkan kuat sangat makan makanan yg pedas dan minuman yg berkafein. Perut oh perut, janganlah sakit lagi. Aku sudah tidak tahan. huk3.


Berikut ialah simptom2 gastrik :


* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
* Terasa loya.
* Berat badan turun.
* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam.
* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
* Kerap sendawa.

1111

Posted by :: aku adalah aku :: at 5:16 PM 0 comments

ikan-ikan yg jahat sedang mengigit kaki


Antara muka-muka yg hadir. hehe.

1111 ! cantikkan tarikh nie. btw, hepi neu year. semoga tahun nie tahun terbaik buat aku & keluarga aku. Hari pertama di tahun baru nie, kami sekeluarga bersama sepupu2 dan pakcik makcik yang lain pergi ke PORING lagi. iya, PORING lagi ! mcm xda tempat lain yg menarik kn. xpa, layan jak. Perjalanan kali nie lebih best dan best sekali koz kami gerak ramai2, konvoi banyak kereta. hehehe. Kami gerak lagi awal. 4.30 pagi sudah gerak. semangat gila nie. hahaha. Syukur alhamdulillah, kami selamat sampai tepat jam 8 pagi. keterujaan aku utk mandi manda kurang. mungkin kesihatan kaki yang kurang baik, gastrik pon asyik datang. sabar sabar !

Fulamak, punya ramai orang. Aku agak2 la org estate yg ramai. kan ari cuti. hehehe. Dalam fikiran aku, ada peluang juga ka utk aku & keluarga aku mandi manda. Ok2, ada ba. Jangan risaw. hek3. Sasaran pertama, cari tempat lepak & makan makan. Perut sudah sangat lapar. ok, kita makan dulu. hehe.

Selepas makan, jom mandi beramai-ramai. Muka adik-adik aku paling teruja mau lompat ke dalam kolam terutama c ika ngan c adek. hahaha. Tp kazen2 aku yg tak pernah datang ke Poring pon turut teruja. cuma aku tidak teruja. Yaka tidak teruja. Iyakan saja. hehehe. Ok, jom lompat!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok, muka sudah sembam sebab mandi air yg sangat sejuk. Kaki pon terasa sakit. Adush. Ok, aku berhenti dulu. sejuk sejuk tapi best best. Tukar baju dulu then makan makan. Selepas makan, kami pon ingin menerusakan perjalanan pulang kerana mau singgah lagi tempat ikan ikan. Tempat ikan ikan? apa 2? just wait & see. Sedih rasa hati, tidak dapat merasa buntut ayam kali ini. Dalam fikiran aku hanya ingat buntut ayam masa 2. Iya, buntut ayam kundasang yg enak ! Ok, kita balik dulu. Perjalanan diteruskan.
.
.
.
.
.
.
.

sekarang sudah sampai tempat ikan ikan yg makan kaki ! Eeeee, jahatnya ikan-ikan tu. Adakah patot makan kaki. hehehe. Sebenarnya, ikan-ikan tu makan kulit mati yg ada di kaki. Bayaran masuk ke tempat tu Rm5 utk dewasa dan Rm 2 utk kanak-kanak. Tp kan boleh mandi bersama ikan juga. Bayarannya rm 10. Macam mahalkan utk hanya 15 minit sahaja. Punya main ramai org. Kena ikut nombor utk masuk tempat tu. Ok, sudah sampai turn kami sekeluarga utk bunuh ikan-ikan 2. hahaha.
.
.
.
.
.
.
.
Best best tapi sangat mengelikan. Rasanya suara aku yg terkuat di tempat tu. Arggggh, ikan-ikan yg jahat. Sakit taw kamu kamu menggigit. Hehehe. ok, kaki pon sudah sakit digigit oleh ikan-ikan yg jahat, jom teruskan perjalanan pulang. perjalanan masih panjang. selamat tinggal Ranau. kami sudah mau pulang ke Sandakan. Syukur Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah masing-masing pukul 7 malam. Penat penat tapi best. Panjang umur mau bercuti-cuti di tempat yg lain pula. Simpang Mengayau !!! aku mau ke sana. Tunggu !!

 

:: .aya. aya. aya. :: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal