Tuesday, January 11, 2011

sakit lagi

Posted by :: aku adalah aku :: at 6:07 AM 0 comments
Aish, gastrik datang lagi. kali ini ia lebih parah. Perut sprti dipulas-pulas. woww, sangat sakit ! rasa seperti mahu mati. Ari tu, balik shja dari kebun dgan badan yg agak penat, aku pon membuat minuman oren sejuk. Lepas shja mnum, terus perut aku memulas-mulas sakit. selama aku hidap gastrik, tak pernah rasanya seteruk mcm ini. Kuatkanlah hambaMu nie ya Allah. Semua org di rumah jadi panik. Adik aku pon ambik keputusan utk hntar aku ke Klinik. Ok, aku ke Klinik dgan harapan aku akan terus sihat selepas jumpa doktor.

Tapi menyedihkan, sakit itu datang terus. Hati rasa bimbang ! Takut-takut sakit nie adalah simptom2 awal apendiks. huhuhu. Ok, sekarang kena kurangkan makan lada, makanan2 yg tidak dapat diterima dengan baik oleh perut dan makan lebih awal dari biasa. Kasihan sang perut, selalu menderita. Okeh, sila jaga perut anda !

Tuesday, January 4, 2011

Posted by :: aku adalah aku :: at 7:11 AM 0 comments

Monday, January 3, 2011

Gastrik oh gastrik!

Posted by :: aku adalah aku :: at 7:42 PM 0 comments

Sejak akhir-akhir nie gastrik aku selalu menyerang. Perut rasa pedas & angin satu badan. sendawa tak habis-habis. huhuhu. Hmm, aku xgtaw siapa-siapa yg gastrik aku selalu datang koz aku tau si dia membaca blog nie. hehe. Sakit gastrik nie menyerang lagi mungkin disebabkan kuat sangat makan makanan yg pedas dan minuman yg berkafein. Perut oh perut, janganlah sakit lagi. Aku sudah tidak tahan. huk3.


Berikut ialah simptom2 gastrik :


* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
* Terasa loya.
* Berat badan turun.
* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam.
* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
* Kerap sendawa.

1111

Posted by :: aku adalah aku :: at 5:16 PM 0 comments

ikan-ikan yg jahat sedang mengigit kaki


Antara muka-muka yg hadir. hehe.

1111 ! cantikkan tarikh nie. btw, hepi neu year. semoga tahun nie tahun terbaik buat aku & keluarga aku. Hari pertama di tahun baru nie, kami sekeluarga bersama sepupu2 dan pakcik makcik yang lain pergi ke PORING lagi. iya, PORING lagi ! mcm xda tempat lain yg menarik kn. xpa, layan jak. Perjalanan kali nie lebih best dan best sekali koz kami gerak ramai2, konvoi banyak kereta. hehehe. Kami gerak lagi awal. 4.30 pagi sudah gerak. semangat gila nie. hahaha. Syukur alhamdulillah, kami selamat sampai tepat jam 8 pagi. keterujaan aku utk mandi manda kurang. mungkin kesihatan kaki yang kurang baik, gastrik pon asyik datang. sabar sabar !

Fulamak, punya ramai orang. Aku agak2 la org estate yg ramai. kan ari cuti. hehehe. Dalam fikiran aku, ada peluang juga ka utk aku & keluarga aku mandi manda. Ok2, ada ba. Jangan risaw. hek3. Sasaran pertama, cari tempat lepak & makan makan. Perut sudah sangat lapar. ok, kita makan dulu. hehe.

Selepas makan, jom mandi beramai-ramai. Muka adik-adik aku paling teruja mau lompat ke dalam kolam terutama c ika ngan c adek. hahaha. Tp kazen2 aku yg tak pernah datang ke Poring pon turut teruja. cuma aku tidak teruja. Yaka tidak teruja. Iyakan saja. hehehe. Ok, jom lompat!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok, muka sudah sembam sebab mandi air yg sangat sejuk. Kaki pon terasa sakit. Adush. Ok, aku berhenti dulu. sejuk sejuk tapi best best. Tukar baju dulu then makan makan. Selepas makan, kami pon ingin menerusakan perjalanan pulang kerana mau singgah lagi tempat ikan ikan. Tempat ikan ikan? apa 2? just wait & see. Sedih rasa hati, tidak dapat merasa buntut ayam kali ini. Dalam fikiran aku hanya ingat buntut ayam masa 2. Iya, buntut ayam kundasang yg enak ! Ok, kita balik dulu. Perjalanan diteruskan.
.
.
.
.
.
.
.

sekarang sudah sampai tempat ikan ikan yg makan kaki ! Eeeee, jahatnya ikan-ikan tu. Adakah patot makan kaki. hehehe. Sebenarnya, ikan-ikan tu makan kulit mati yg ada di kaki. Bayaran masuk ke tempat tu Rm5 utk dewasa dan Rm 2 utk kanak-kanak. Tp kan boleh mandi bersama ikan juga. Bayarannya rm 10. Macam mahalkan utk hanya 15 minit sahaja. Punya main ramai org. Kena ikut nombor utk masuk tempat tu. Ok, sudah sampai turn kami sekeluarga utk bunuh ikan-ikan 2. hahaha.
.
.
.
.
.
.
.
Best best tapi sangat mengelikan. Rasanya suara aku yg terkuat di tempat tu. Arggggh, ikan-ikan yg jahat. Sakit taw kamu kamu menggigit. Hehehe. ok, kaki pon sudah sakit digigit oleh ikan-ikan yg jahat, jom teruskan perjalanan pulang. perjalanan masih panjang. selamat tinggal Ranau. kami sudah mau pulang ke Sandakan. Syukur Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah masing-masing pukul 7 malam. Penat penat tapi best. Panjang umur mau bercuti-cuti di tempat yg lain pula. Simpang Mengayau !!! aku mau ke sana. Tunggu !!

 

:: .aya. aya. aya. :: Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal